Saturday, 6 August 2011

Panduan Memilih Pakaian Untuk Wanita Dengan Apple Shape Body

Elakkan baju nipis dan baggy
Cuba pakai baju dengan turtle neck, mock neck atau boat neck. Ia bagi menampakkan anda lebih kurus. Baju berkolar dan v neck juga amat sesuai untuk anda. Satu lagi cadangan yang amat sesuai ialah baju bersulam (woven knits). Elakkan menampakkan terlalu banyak alur dada anda. Jika anda ingin kelihatan seksi, padankan pakaian anda dengan lace trimmed camisole dengan blazer, jaket atau baju anda. Satu lagi, jangan sesekali memakai baju lengan panjang atau lengan beropol (puffy sleeve).
Pakai Seluar Bercawat Pendek
Seluar bercawat pendek dan flat front dapat menambahkan penampilan anda. Jika anda ingin menyembunyikan perut anda harus mencuba jeans dengan poket di bahagian depan.
Warna Yang Sesuai
Sudah tentunya warna gelap terutama navy blue dan hitam. Jika anda ingin kelihatan kurus dan lebih tinggi pilihlah pakaian dari satu warna sahaja. Kemudian tambahkan contrast dengan memakai blazer, overshirt atau cardigan. Yang penting jangan butangkan blazer atau cardigan anda bagu membentuk garis menegak yang akan menampakkan anda lebih kurus dari yang sebenarnya.
Skirt Panjang
Jika anda gemar memakai skirt, anda harus memilih skirt yang panjang dan bukannya yang lebar.


No comments:

Post a Comment