Showing posts with label cara kurus. Show all posts
Showing posts with label cara kurus. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Masalah Obesiti di New Zealand Membimbangkan

Pakar-pakar perubatan dan kesihatan telah mengkritik kerjaan New Zealand kerana gagal mengatasi masalah diabetes dan obesiti yang semakin membimbangkan di negara tersebut. 

Dalam satu surat terbuka kepada New Zealand Medical Journey, kumpulan pakar perubatan, pengkaji kesihatan awam dan pakar pemakanan memberi amaran bahawa 63% orang dewasa di negara itu mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Ini memberi lebih tekanan ke atas perbelanjaan perubatan negara tersebut.

Mengikut kajian, setiap orang dewasa di New Zealand secara purata menambah berat badan sebanyak 3.2 kg antara 198 hingga 1997. Tren ini adalahberterusa. Mereka mengkritik dasar kerajaan yang memotong peruntukan untuk program makanan sihat dan program menghalang obesiti. Kerajaan juga telah menghapuskan peraturan supaya sekolah menyediakan makanan sihat.
Diabetes, masalah yang banyak melanda kaumMaori dan Pacific Island, merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berjuta dolar kos dialisis buah pinggang. Antara 40% hingga 48% daripada kumpulan tersebut terpaksa terpaksa menjalani dialisis akibat kegagalan buah pinggang.
Obesiti menyumbang kepada lebih dari 80% diabetes. Ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan New Zealand dengan banyak program pencegahan telah dipotong.
Sebanyak 2 hingga 7% daripada peruntukan kesihatan bernilai 12.6 billion NZ
dollars (US$10.48 billion) adalah untuk hal-hal berkaitan dengan rakyat yang mempunyai berat badan berlebihan ataupun obesiti.
Surat tersebut seterusnya menyarankan sembilan perkara iaitu strategi pemakanan dan aktiviti fizikal kebangsaan; mengadakan semula peraturan supaya sekolah-sekolah hanya menjual makanan sihat; label maklumat nutrisi pada makanan dan larangan pemasaran makanan ringan kepada kanak-kanak; memastikan rakyat berpendapatan rendah  mempunyai peruntukan mencukupi untuk membeli makanan berkhasiat dan akhir sekali promosi aktiviti fizikal.
Sumber dari Bernama







Tuesday, 9 August 2011

Ratu Cantik di larang mewakili Mexico ke Miss World kerana extra 6 pound

Cynthia de la Vega memenangi tempat kedua dalam pertandingan Miss Mexico pada bulan September 2011. Gelaran ini secara automatic melayakkannya untuk mewakili Mexico ke pertandingan Miss World 2011.
Malangnya dia telah ditarik hak tersebut kerana berat badannya naik sebanyak 6 pound (bersamaan dengan 2.72kg).
Ini bermakna dia tidak akan dapat mewakili Mexico ke pertandingan tersebut. Katanya dia tidak dapat menurunkan berat badan secukupnya sebelum pertandingan tersebut.
Penganjur Miss Mexico melucutkan haknyaya bulan lepas dengan alasan Ratu Cantik berusia 19 tahun ini “kurang dedikasi dan disiplin”.
Dalam pertandingan Miss Mexico, juara akan mewakili Mexico ke pertandingan Miss Universe. Naib johan pula akan mewakli Mexico ke pertandingan Miss World yang akan diadakan di London pada 6 November ini.
Papa Cun: Bukan senang nak jadi ratu cantik. Saya syorkan dia cuba So Sweet Coffee. Cuma RM108 sahaja pelaburan untuk cantik.

Saturday, 6 August 2011

Panduan Memilih Pakaian Untuk Wanita Dengan Apple Shape Body

Elakkan baju nipis dan baggy
Cuba pakai baju dengan turtle neck, mock neck atau boat neck. Ia bagi menampakkan anda lebih kurus. Baju berkolar dan v neck juga amat sesuai untuk anda. Satu lagi cadangan yang amat sesuai ialah baju bersulam (woven knits). Elakkan menampakkan terlalu banyak alur dada anda. Jika anda ingin kelihatan seksi, padankan pakaian anda dengan lace trimmed camisole dengan blazer, jaket atau baju anda. Satu lagi, jangan sesekali memakai baju lengan panjang atau lengan beropol (puffy sleeve).
Pakai Seluar Bercawat Pendek
Seluar bercawat pendek dan flat front dapat menambahkan penampilan anda. Jika anda ingin menyembunyikan perut anda harus mencuba jeans dengan poket di bahagian depan.
Warna Yang Sesuai
Sudah tentunya warna gelap terutama navy blue dan hitam. Jika anda ingin kelihatan kurus dan lebih tinggi pilihlah pakaian dari satu warna sahaja. Kemudian tambahkan contrast dengan memakai blazer, overshirt atau cardigan. Yang penting jangan butangkan blazer atau cardigan anda bagu membentuk garis menegak yang akan menampakkan anda lebih kurus dari yang sebenarnya.
Skirt Panjang
Jika anda gemar memakai skirt, anda harus memilih skirt yang panjang dan bukannya yang lebar.


Wednesday, 3 August 2011

Lagi Tips Berpakaian Untuk Kelihatan Kurus

Dalam posting beberapa hari lepas ada dipaparkan tentang beberapa tips untuk menampakkan anda lebih ramping di mata orang lain (power of illusion).
Dalam artikel kali ini disenaraikan beberapa lagi tips menarik untuk anda kelihatan lebih kurus melalui pemilihan pakaian yang sesuai.
Perlu diketahui bahawa manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza.  Ada banyak pengkelasan bentuk badan terutama bagi wanita – yang paling popular ialah menggunakan buah-buahan sebagai analogi. Menggunakan buah-buahan bentuk badan wanita dikategorikan kepada pear shape, apple shape, hour-glass shape (takde kena-mengena pulak dengan buah kan?), banana shape (tanpa curve) dan yang terbaru diperkenalkan ialah strawberry shape.
Tips Berpakaian Untuk Badan Berbentuk Pear (Pear Shape figure)
Wanita dengan pear shape figure mempunyai badan yang lebih besar dibahagian bawah. Secara umumnya mereka mempunyai bahu yang agak kecil iaitu lebih kecil dari pinggul.  Mereka juga mempunyai pinggang yang kecil, bahagian peha pula agak besar dan curvy. Contoh wanita dengan pear shape body ialah Jennifer Lopez, Mischa Barton ataupun Ruby Gettinger (cubalah google mereka ni ya).
Elakkan Pakaian Longgar
Pakaian seperti blaus atau top yang longgar tidak perlu dipakai. Sebaiknya pakailah pakaian yang berpadanan dengan saiz badan anda dan tidak juga terlalu ketat. Pakaian berbentuk V neck , kolar terbuka dan turtle neck amat sesuai. JIka memakai blazer pula pastikan bahagian bawahnya hanya di bawah sedikit dari paras pinggang.
Pilihlah Pakaian Yang Gelap
Warna seluar yang gelap seperti biru navy, dark gray, coklat atau hitam  boleh menampakkan anda lebih kurus.
Pilih Seluar Berbentuk Boot Cut atau Straight Jeans
Disamping itu bentuk seluar juga memainkan peranan. Straight jeans atau seluar boot cut dapat meningkatkan penampilan anda kerana ia boleh menampakkan peha anda lebih kecil dan kurus.
Pakailah `A’ Line Skirt
A line skirt yang dipakai separas lutut dapat membantu anda kelihatan kurus. Skin tight skirt dan miniskirt perlu dielakkan. Ia boleh membuatkan anda kelihatan kasar dan juga lebih gemuk.
Pakai Dress
Empire style dress dan nipped waist dress adalah sesuai untuk anda. Anda juga boleh cuba dress tanpa lengan atau pun dress tanpa tali. Ia dapat mengalihkan tumpuan ke bahagian bahu, lengan dan leher anda dan seterusnya mengalihkan pandangan dari bahagian bawah badan kita.