Tahukah anda bahawa cara pemakaian yang sesuai boleh membuatkan pinggang anda kelihatan lebih ramping. Ini juga akan menampakkan anda lebih kurus dari saiz sebenar anda. Ketahui beberapa cara pemakaian untuk kelihatan lebih ramping.
Wrap dress |
Tips 1: Pakailah Wrap Dresses
Pemakaian wrap dresses adalah salah satu cara yang baik untuk anda kelihatan ramping. Ada banyak jenis wrap dress di pasaran samada untuk pemakaian casual atau formal. Pemakaian wrap dress selain dari membuatkan anda kelihatan ramping, ia juga dapat menyembunyikan perut yang buncit. Untuk menambah keberkesanannya, gunakanlah corak yang gelap. Jika anda tidak gemar memakai dress pilihan lain yang anda ada ialah dengan memakai wrap top bersama skirt atau seluar.
Tips 2: Kuasa Talipinggang
Memakai talipinggang dapat menyerlahkan bahagian paling kecil pada pinggang. Pinggang akan kelihatan lebih kecil. Ia juga akan menjadikan payudara anda kelihatan lebih besar. Terdapat berbagai-bagai jenis talipinggang. Pilihlah yang bersesuaian dengan pakaian anda. Talipinggang yang lebar akan menarik lebih banyak perhatian kebahagian pinggang anda. Tetapi talipinggang lebar perlu dielakkan jika anda mempunyai bahagian atas badan yang pendek kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek. Talipinggang halus pula amat sesuai jika dipakai dalam satu atau dua inci di bawah garis payudara. Namun begitu jangan sesekali memakai talipinggang halus rendah di bawah paras pinggang atau pinggul kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih gemuk.
Empire Waist Dress |
Tips 3: Pakaian Empire Waist
Pakaian dengan pinggang ala Empire Waist juga dapat menampakkan anda lebih ramping. Trend sebegini amat berkesan untuk menyembunyikan bahagian perut. Ia juga amat selesa dipakai. Ia boleh didapati dalam bentuk blaus dan dress. Jangan kenakan Empire waist tops dengan seluar baggy. Sebaliknya pakailah ia dengan seluar potongan slim atau skirt potongan tirus
Tie belt jacket |
Tips 4: Penggunaan Jaket
Pemakaian jaket juga mampu membuatkan anda kelihatan ramping. Ia sebenarnya memainkan peranan dalam membentuk sudut pada badan. Carilah jaket yang mempunyai ikatan di pinggang kerana ia mampu menyerlahkan lagi kerampingan anda.
Sebenarnya kita boleh mencipta ilusi supaya kelihatan lebih ramping. Dengan tips-tips di atas pinggang anda akan kelihatan lebih kecil dari yang sebenarnya dan disamping itu akan menyerlahkan lagi kecantikan anda.
No comments:
Post a Comment