Pertama: Ketahui keperluan kalori anda dalam sehari,iaitu 2,000 kalori bagi lelaki dan 1,800 kalori bagi wanita. Anda boleh agihkan pengambilan makanan kepada 300 kalori bagi juadah berbuka puasa, 700 kalori bagi hidangan utama, 300 kalori bagi moreh dan 500 bagi bersahur.
Kedua: Berbuka puasa dengan 3 biji kurma, 2 jenis kuih dan segelas air manis atau jus buah-buahan (tanpa gula tambahan) adalah memadai sebagai pengalas perut. Hidangan ini membekalkan 300 kalori. Jika anda memilih kuih-muih yang bergoreng atau bersantan hadkan pengambilan kepada selang sehari.
Ketiga: Tunaikan solat Magrib terlebih dahulu sebelum hidangan utama. Dari aspek kesihatan ini akan memudahkan penghadaman semasa hidangan utama.
Keempat: Sasarkan pengambilan 700 kalori bagi hidangan utama. Contoh hidangan yang lebih sihat seperti berikut:
Nasi putih (4 senduk=300kalori)
Ikan (1 ekor sederhana/1 keping=120 kalori)
Tempe (1 keping sederhana=40 kalori)
Sayur berdaun (1 cawan=40 kalori)
Buah-buahan (1 potong betik dan 1 biji pisang=120 kalori)
Air manis (1 gelas=100 kalori)
Kelima: Hadkan meminum air buah-buahan cordial berperisa atau air manis kepada satu cawan sahaja semasa hidangan utama. Sebaliknya utamakan air kosong.
Keenam: Bagi hidangan moreh, hadkan kepada 300 kalori. Contoh hidangan adalah bubur kacang 200 kalori, sepotong tembikai 60 kalori dan teh O kurang manis dengan 1 sudu teh gula 20 kalori.
Ketujuh: Sasarkan 500 kalori bagi hidangan bersahur. Contoh hidangan yang lebih sihat adalah1 mangkuk sederhana oat, susu dan buah-buahan kering 400 kalori dan 1 cawan air panas 100 kalori.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment