Thursday, 8 September 2011

Tips Memakan Coklat

Walaupun coklat mengandungi banyak kebaikan tetapi itu tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya memakan coklat dalam jumlah yang banyak tanpa berpada-pada. Coklat tetap mengandungi kalori yang tinggi.

Tip 1 - Mengimbangi Kalori
Kajian menunjukkan jumlah yang ideal ialah dengan mengambil tidak lebih dari 100 gram dark chocolate sehari. Setiap satu bar dark chocolate mengandungi 400 kalori. Jika kita memakan separuh (200 kalori) kita perlu mengimbangi dengan mengurangkan pengambilan kalori lain seperti gula-gula atau snek.

Tip 2 - Nikmati Coklat
Merasai coklat dapat memberikan kenikmatan kepada kita. Oleh itu, apabila memakan coklat kita perlu mengambil masa untuk betul-betul merasainya - melihat dan menilai rupa bentuknya, menghidu, merasa dan menikmati setiap kepingan coklat.

Tip 3 - Pilihlah Dark Chocolate (Coklat Hitam)
Coklat hitam mengandungi jauh lebih banyak antioksidan berbanding susu atau coklat putih. Coklat hitam mempunyai 65% atau lebih kandungan koko.

Tip 4 - Elakkan Coklat Dalam Bentuk Nougat
Elakkan coklat yang mengandungi karamel, nougat atau bahan-bahan isian lain. Kandungan ini hanya meningkatkan kandungan gula dan lemak yang tidak baik. Namun begitu, coklat dengan kandungan kacang adalah baik.

Tip 5 - Elakkan Susu
Kajian mendapati meminum susu selepas memakan coklat menghalang antioksidan daripada diserapkan ke dalam badan.

Sumber: http://longevity.about.com/

No comments:

Post a Comment