Bila sebut sahaja coklat, secara automatik ia dibayangkan sebagai satu bahan makanan yang tidak baik dan menggemukkan. Namun begitu tidak ramai yang sedar bahawa coklat, terutamanya dark chocolate sebenarnya mengandungi khasiat yang sangat baik.
Kenapa Coklat Menyihatkan?
Coklat dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, oleh itu ia mengandungi khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran. Salah satunya ialah flavonoid yang bertindak sebagai antioksidan. Antikoksidan melindungi badan dari proses penuaan. Coklat mempunyai lapan kali lebih banyak antioksidan berbanding strawberi. Selain itu flavonoids juga dapat mengurangkan tekanan darah dan mengimbangkan hormon dalam badan.
Khasiat Coklat Untuk Jantung
Dark chocolate baik untuk jantung - pengambilan seketul kecil coklat mampu menurunkan tekana darah dan juga mengurangkan LDL (kolesterol jahat) sehingga 10%.
Lain-lain Khasiat Coklat
- Rasanya yang lazat
- Menghasilkan endorphin yang dapat memberikan kenikmatan
- mengandungi serotonin yang mampu bertindak sebagai antidepresi - sebab itulah ramai orang tertekan suka memakan coklat.
- mengandungi teobromine, caffeine dan bahan lain yang bertindak sebagai perangsang.
Coklat Mengandungi Lemak?
Ya. Tetapi kebanyakan lemak di dalam coklat tidak memberikan kesan terhadap kolesterol. Kandungan lemak coklat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 1/3 oleic acid, 1/3 stearic acid dan 1/3 palmitic acid.
- Oleic asid ialah lemak tak tepu yang juga terdapat dalam minyak zaitun
- Stearic asid adalah lemak tepu, tetapi kajian menunjukkan ia memberi kesan neutral ke atas kolesterol.
- Palmitic asid juga adalah lemak tepu - bahagian inilah yang meningkatkan kolesterol dan risiko sakit jantung.
Ini bermakna hanya 33% lemak di dalam coklat yang tidak baik manakala bakinya adalah lemak yang tidak memudaratkan.
Namun begitu, ini tidak bermaknanya kita patut mengambil coklat semahu-mahunya. Ketahui cara sihat untuk mengambil coklat di dalam artikel seterusnya - Tips Memakan Coklat
No comments:
Post a Comment