McDonald di US menukar menu Happy Meal mereka berikutan tekanan dari kumpulan advokasi kesihatan dan kanak-kanak.
Mereka akan mengurangkan French fries dan sebagai pengganti akan memasukkan buah-buahan atau sayuran.
Perubahan ini akan melibatkan 14,000 outlet di US dan akan bermula pada bulan September 2011. Keseluruhan perubahan ini dijangka akan selesai pada April 2012.
Antara yang dicadangkan menggantikan sebahagain fries ialah potongan epal, karot, kismis, potongan nenas atau limau mandarin. Ia bergantung kepada musim.
Antara yang dicadangkan menggantikan sebahagain fries ialah potongan epal, karot, kismis, potongan nenas atau limau mandarin. Ia bergantung kepada musim.
Perubahan ini akan menurunkan sebanyak 20% kalori dalam Happy Meal.
Ini adalah sebahagian dari langkah McDonald yang menghadapi banyak kritikan dalam menyumbang kepada obesity. McDonald juga menerima kritikan kerana amalan mereka memasukkan permainan di dalam Happy Meal.
No comments:
Post a Comment