Tiga buah premis yang menjual sejenis produk pelangsingan badan dipercayai mengandungi bahan racun berjadual di Jalan Raja Bot di sini diserbu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, ribuan produk minuman kesihatan bernilai lebih RM20,000 dirampas.Ketua Unit Perhubungan Media, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, kesemua produk itu mengandungi bahan yang boleh mengancam kesihatan pengguna."Siasatan terhadap aduan yang diterima mendapati produk minuman pelangsingan ini mengandungi Bupropion iaitu bahan yang boleh menghentikan selera makan seseorang."Kesan penggunaan bahan ini juga boleh menyebabkan seseorang diserang sakit sawan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Petikan : Kosmo 10/07/2013