Selamat Hari Raya, Maaf Zahir
Batin dari pihak kami kepada teman2 yg
telah banyak memberi sokongan serta buat pelanggan yang kami sayangi semua
Artikel berkaitan kesihatan, kecantikan, diet, slimming dan produk seperti So Sweet Coffee, Tongkat Ali dan Kolagen
Tuesday, 14 August 2012
Saturday, 11 August 2012
Putri Anis kini Sri Ratu Saadong ke-7
KOTA
BHARU – Gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh kini secara rasmi disandang Raja
Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang sebelum ini muncul dengan pengakuan
sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, wanita yang menjadi legenda dalam
sejarah Kelantan.
Sebuah
resort di sini menjadi saksi upacara pemasyhuran gelaran itu pada hari jadinya
kelmarin.
Ia
adalah simbolik kepada penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah
Kelantan silam itu dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan puteri tersebut.
PUTRI
ANIS menerima keris daripada Pangeran Norman sebagai tanda pemasyhuran Sri Ratu
Saadong Ketujuh di Kota Bharu kelmarin.
Puteri
Saadong yang memerintah Kelantan pada 1667 bersumpah tidak akan menjejakkan
kaki ke negeri itu sampai tujuh keturunannya sebelum menghilangkan diri sejurus
membunuh suaminya, Raja Abdullah yang berkahwin lagi.
Baginda
dikatakan membawa diri ke Indonesia.
Putri
Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja
nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas’ud Toyyib dari
Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia. Beliau dihadiahkan keris warisan.
Upacara
itu disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan dari pelbagai wilayah Indonesia
yang hadir untuk memperakui Putri Anis sebagai pewaris Puteri Saadong yang
dikatakan menghilangkan diri ke negara itu.
Upacara
bersejarah itu dimulakan dengan keberangkatan masuk 20 raja serta sultan
nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua selain tetamu-tetamu kehormat.
Ibu
bapa Putri Anis iaitu Raja Sazali Raja Hasan dan ibunya, Raja Fauziah Syed
Yaacob bersama tiga lagi anaknya diiringi masuk ke dewan besar sebelum Putri
Anis diiring masuk oleh beberapa ‘dayang’ dan bersemayam di singgahsana
berwarna kuning.
Ia
disusuli dengan acara pemakaian simbol darjat oleh pemegang amanah waris keenam
Puteri Saadong yang juga ibu kepada Putri Anis, di samping pemakaian mahkota
oleh Pangeran Norman.
Berita asal dari
Kosmo
10 Jun,2010
Subscribe to:
Posts (Atom)