Wednesday, 30 November 2011

Hubungan antara Berat Badan dan Jadual Tidur

Satu kajian yang dijalankan oleh Northwestern Univeristy mendapati jadual tidur seseorang memberi kesan keatas berat badan. Tabiat tidur yang tidak baik boleh membantutkan usaha mengurangkan berat badan.

Kajian telah dilakukan terhadap 52 orang dewasa dalam tempoh 7 hari. 56% dari kumpulan ini merupakan `normal sleepers' yang biasanya tidur sebaik sahaja selepas tengah malam dan bangun sekitar pukul 8 pagi. Mereka akan mencapai pertengahan tidur sebelum pukul 5.30 pagi.

Kumpulan kedua iaitu 44% adalah `late sleepers' - tidur lewat melepasi tengah malam, mencapai pertengahan tidur selepas pukul 5.30 pagi dan bangun di pertengahan atau lewat pagi.

Tabiat makan kedua-dua kumpulan ini dipantau melalui log makanan mereka. Kumpulan pertama biasanya akan mengambil sarapan sekitar pukul 9.00 pagi, makan tengahari dalam pukul 1.00 dan makan malam lebih kurang pukul 7.00 malam. Kumpulan ini biasanya akan selesai dengan makan malam sebelum 8.30.

Kumpulan kedua pula didapati akan mengambil sarapan apabila telah mencapai tengahari, akan makan lagi dipertengahan petang (sekitar pukul 3-4 ptg) dan hanya makan malam selepas pukul 8.00 malam. Mereka juga biasanya tidak selesai makan sehingga pukul 10.00 malam.

Kesan yang didapati secara kasar adalah seperti berikut:
  • `Late sleepers' tidur secara purata kurang sejam dari `normal sleepers'
  • `Late sleepers' mengambil lebih kalori dari `normal sleepers' sewaktu makan malam. Mereka juga mengambil lebih kalori selepas pukul 8.00 malam.
  •  `Late sleepers' juga mempunyai diet yang kurang berkualiti. Mereka mengambil lebih banyak makanan segera, minum lebih soda bergula dan kurang mengambil sayur.
Tiga tabiat `late sleepers' - tidur lewat, tidur kurang dan makan lebih banyak selepas pukul lapan adalah petunjuk utama bagi BMI (body mass index) yang tinggi. Antara ketiga-tiga tersebut, makan banyak selepas pukul 8.00 malam adalah penyumbang utama kepada BMI yang tinggi.

Ini bermakna, bukan saja apa yang kita makan, tetapi juga bila kita makan akan memberi kesan terhadap berat badan.

Keputusan dari kajian ini juga menguatkan lagi hubungan antara tidur dan berat badan yang telah pun dikaji terdahulu. Antara kajian yang lepas mendapati:
  • Apabila kurang tidur, badan akan menghasilkan lebih hormon yang menambah selera makan. Pada waktu yang sama ia akan mengurangkan penghasilan hormon yang dapat membuat kita merasa kenyang. Hasilnya - tentu kita akan makan lebih banyak. 
  • Tidur kurang dari 6 jam atau lebih dari 8 jam sehari dalam tempoh waktu yang berterusan akan menyebabkan berat badan bertambah.
  • Kekurangan tidur mengurangkan keupayaan badan untuk membakar kalori semasa kita jaga.
Masalah ini tidak terhad hanya keatas orang dewasa. Kanak-kanak serta remaja juga boleh mengalami masalah yang sama jika waktu tidur tidak dikawal dengan baik. Jika tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan masalah obesiti dikalangan kanak-kanak dan remaja. Seterusnya ia juga akan menyebabkan kesan jangka panjang jika tidak diatasi segera.

- Michael J Breus, PhD, The Sleepdoctor

Wednesday, 23 November 2011

Monday, 14 November 2011

Obesiti - Malaysia Tempat Pertama Obesiti Di Kalangan Negara Asean

Tempat pertama dalam masalah obesiti dikalangan negara Asean? Tahniah Malaysia! Satu pencapaian yang membanggakan dan menandakan kesejahteraan negara. Ooppsss!!

Ia sebenarnya satu petanda yang tidak baik. Bukan itu saja, negara kita juga menduduki tangga keenam dikalangan negara Asia Pasifik.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masalah ini adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan dikalangan rakyat negara ini.

Menurut satu kajian yang dijalankan pada tahun 2010, dari sebanyak 2,004 sampel makanan yang dianalisis 5.4% darinya didapati melanggar standard peratusan gula yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Semoga rakyat negara ini akan sedar tentang kesan-kesan tidak baik dari masalah obesiti ini.